logo nav01nav02Modul LatihanKhidmat KamiPelanggan KamiHubungi Kami
Merdeka-1Merdeka-2Merdeka- 3Merdeka-4Merdeka-5Merdeka-6Merdeka-7
 
 

Karya Kreatif

View news posted in category:

Bingkisan Adam Buat Hawa
oleh Pahrol Mohd Juoi
Ku coretkan bicara buatmu , Hawa… semoga kehadiran ini tidak akan mengocakkan ketenangan dan kedamaian di hatimu saat ini..

Hawa…
Kesedihan menyelubungi hati ini… ke mana hilangnya sopan-santun dan rasa hormatmu terhadapku ? kalau dulu , untuk mengungkap sebaris kata di hadapanku sekalipun, kau hanya menundukkan pandanganmu dan menyusun kata-kata yang sebaik mungkin dan teratur. Namun hari ini, suatu kebiasaan jika apa yang kuperhatikan malumu kian lenyap hilang bersama arus kemodenan abad ke 21. Antara kita seolah-olah tiada lagi hijab yang menghalang dan kau bisa menyapaku tanpa segan silu….malu itu selayaknya milikmu, namun apa yang telah terjadi kini ??

Baca artikel penuh..
View/Post Comment (0)

IKTIBAR BUDAK KEHILANGAN WANG: SYUKUR DAN SABAR SUMBER KEKAYAAN JIWA
oleh Pahrol Mohd Juoi
Ceritanya cukup pendek dan rengkas. Namun pengajarannya cukup relevan dan padat. Ia mengisahkan seorang budak yang telah kehilangan sejumlah wang dalam perjalanannya ke kedai untuk membeli gula-gula. Setelah puas mencari wangnya yang hilang tetapi tidak juga ditemuinya, maka budak itu kecewa lalu menangis teresak-esak di tepi jalan. Tangisannya itu telah menarik perhatian seorang tua yang kebetulan sedang berjalan di situ. Orang tua itu berhenti dan lalu bertanya, “mengapa engkau menangis wahai budak?”. Budak itu menjawab, “saya kehilangan wang untuk membeli gula-gula.”
Baca artikel penuh..
View/Post Comment (0)

PAKSA DIRI BERUBAH
oleh Pahrol Mohd Juoi
Orang yang berjaya ialah mereka yang memaksa dirinya untuk berubah. Manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa.

Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Inilah peraturan alam yang telah Allah tetapkan. Untuk berjaya dalam bidang pelajaran misalnya, adik-adik perlu menumpukan perhatian dalam kelas, mengulangkaji pelajaran berkali-kali, bercekang mata untuk membuat latihan dan akhir sekali terpaksa menduduki peperiksaan dengan penuh debaran. Semuanya seakan menyiksakan. Apa tidaknya, adik terpaksa mengorbankan masa bermain, menonton talivisyen dan adakalanya masa tidur juga.
Baca artikel penuh..
View/Post Comment (0)

PUNCA JENAYAH GAGAL DITANGANI
oleh Pahrol Mohd Juoi
Pada 8 Januari 2008, seperti yang dilaporkan oleh akhbar, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah meluahkan perasaan kecewanya dengan peningkatan kadar jenayah. Desakan demi desakan terhadap kerajaan untuk meningkatkan kadar hukuman ke atas penjenayah sesungguhnya meletihkan juga. Pindaan demi pindaan boleh dibuat, tetapi bagaimana soal keberkesannya nanti? Apa akan jadi kalau hukuman sudah semakin berat, tetapi jenayah masih tidak reda-reda jua?
Baca artikel penuh..
View/Post Comment (0)

SITANGGANG:ANTARA KESALAHAN ANAK DAN KESILAPAN IBU
oleh Pahrol Mohd Juoi
Kalau kita menoleh ke lembaran cerita-cerita rakyat pasti kita akan temui cerita nakhoda Tanggang. Cerita tragis yang mengisahkan bagaimana seorang anak ‘disumpah’ oleh ibunya. Tanggang, anak lelaki kepada Talang dan Deruma berasal dari sebuah kampung terpencil di pinggir sebuah kuala.
Baca artikel penuh..
View/Post Comment (0)

MONOLOG DARI KAMAR TIDUR: BAHAGIAKAH KITA?
oleh Pahrol Mohd Juoi
Malam dingin dengan sapaan angin membelai sekali-sekala. Saya renung wajahnya. Jelas sudah retak-retak pada pelipis matanya. Pipinya, walaupun masih merah seperti dulu, tapi sudah ada riak-riak kedutan yang mula bertamu.
”Bang, bahagiakah kita?”

Baca artikel penuh..
View/Post Comment (0)

IKTIBAR PENCURI: DOSA ITU MERESAHKAN JIWA
oleh Pahrol Mohd Juoi
Cerita bermula apabila sebuah kafilah yang dipimpin oleh seorang ketua yang bijak sedang bermusafir di tengah padang pasir. Di tengah perjalanan, mereka terserempak dengan seorang pengembara yang sedang sesat. Pengembara itu hilang arah dan tidak tahu ke mana lagi hendak dituju. Lalu dia pun merayu agar dibenarkan menumpang dalam rombongan kafilah tersebut.
Baca artikel penuh..
View/Post Comment (0)

SENDU DI AIDUL FITRI
oleh admin
Akhirnya Ramadan pergi jua
Tapi yang pergi hanya giliran purnama
Bukan kesan rasa dan kebesaran makna
Semua itu masih di sini… di jiwa

Baca artikel penuh..
View/Post Comment (0)

IKTIBAR BATU BELAH BATU BERTANGKUP: Ibu Tidak Boleh Merajuk
oleh admin
Cerita dongeng batu belah batu bertangkup pernah kita dengar. Setidak-tidaknya sekali terutamanya semasa kecil hati kita mungkin pernah merasa seram dan ditakut-takutkan oleh kisah seorang ibu menyerahkan dirinya ke dalam sebuah gua batu yang boleh menelan manusia. Lalu hati kita kecut, takut-takut ibu kita pula akan ditelan batu. Lalu kita pun berhenti menangis atau merajuk takut-takut ibu kita akan mengalami keadaan yang sama. Walaupun cerita ini jelas berunsurkan dongeng malah di sesetengah tempat terdapat elemen tahyul, namun cerita ini tetap masyhur disampaikan dari generasi ke satu generasi. Malah karyawan seni Melayu telah memertabatkan kisah ini menjadi sebuah filem suatu masa dahulu.
Baca artikel penuh..
View/Post Comment (0)

Content Search:

 
Interaktif

01 Artikel Pilihan

02 Berita Terkini

03 Karya Kreatif

04 Buku Pilihan

 
Buku Pilihan

01 Modul Utama

02 Modul Sokongan

03 Modul Khas

 
Hubungi Kami
 
 

Modul Latihan

Modul Utama15Modul Sokongan15Modul Khas

 

Info Korporat | Fasilitator | Modul Latihan | Khidmat Kami | Pelanggan Kami | Hubungi Kami