SATU RASA DUA HATI oleh admin
Satu Rasa Dua Hati, mencipta cinta sepanjang perkahwinan...
Kisah, sketsa, dialog dan monolog tentang cinta & kasih... adunan pengalaman dan gelombang rasa di gerbang perkahwinan dan di alam rumah tangga. Bagaimana mencipta cinta sepanjang perkahwinan? Buku ini menyediakan jawapannya.
Duhai Tersayang oleh admin
Duhai tersayang merupakan sebuah buku kecil himpunan puisi, sajak & kata-kata luahan hati suami dan isteri dalam melayari bahtera kekeluargaan. Setiap bait puisinya mengandungi kata-kata perangsang dan semangat serta panduan dalam menjalani kehidupan berumahtangga yang penuh dengan ujian. Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada pasangan suami isteri mahupun mereka yang bakal menjejaki jinjang pelamin.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Fitrah Perkasa Sdn. Dhd.
TENTANG CINTA oleh admin
Buku ini membawa tafsiran dan perspektif baru mengenai topik yang paling menarik minat remaja sejak zaman-berzaman. Ia akan menjawab persoalan, apa sebenarnya yang dikatakan cinta? Siapakah yang patut dicintai? Bagaimana kita harus bercinta? Bagaimana mencintai dan dicintai? Siapakah role-model kita dalam bercinta? Bolehkah menjadi hamba cinta? Cinta bagaimana yang ada “class”? Buat para remaja … selamilah TENTANG CINTA kerana di situlah indahnya kehidupan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Fitrah Perkasa Sdn. Dhd.
Halal dan Haram Dalam Islam oleh admin
HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM
Keluaran: Pustaka Islamiyah, Pte Ltd Singapura
Oleh: Dr Yusuf Al-Qardhawi
Terjemahan: Syed Ahmad Semait Baca artikel penuh.. View/Post Comment (0)