Fitrah Perkasa adalah sebuah syarikat Latihan dan Perunding yang komited dengan usaha membangunkan sumber manusia secara holistik bagi mencapai kecemerlangan yang bersepadu merangkumi diri, keluarga dan organisasi.
Tenaga penggerak syarikat ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar-belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu. Justeru, fasilitator dan tenaga pengajarnya mempunyai latar-belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang agama, kejuruteraan, perundangan, keusahawanan dan pentadbiran.
Ditubuhkan pada 1998,sehingga Jun 2010, syarikat ini telah mengadakan program latihan kepada lebih 146 organisasi kerajaan dan swasta. Dengan itu adalah dianggarkan telah lebih 36,963 orang mengikuti program latihan syarikat ini daripada pelbagai peringkat hiraki dalam sesebuah organisasi iaitu sebayak 877 program 3 hari 2 malam.
Hingga setakat ini, Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. telah mengendalikan hitung-panjang 10-16 sesi latihan sebulan dengan setiap latihan melibatkan 30 hingga 40 orang peserta dalam jangkamasa 3 hari 2 malam. Semua program dijalankan secara bermalam (residentially).
VISI
Visi Fitrah Perkasa ialah menjadi sebuah syarikat perunding pembangunan sumber manusia yang bertaraf dunia dengan menyediakan latihan, bimbingan, khidmat perunding, penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
MISI
Misi Fitrah Perkasa ialah membangunkan manusia untuk menjadi Mukmin Profesional dengan melaksanakan ‘reengineering’ kaedah penyampaian ilmu dan latihan Islam dengan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, inovatif, holistik serta bersinergi dengan pelbagai pihak.
A = Amanah (Integrity) B = Bekerjasama (Teamwork) I = Ilmu (Knowledge) D = Disiplin (Discipline)
OBJEKTIF
Mencetus kesedaran yang meluas di kalangan umat Islam dalam dan luar negara untuk melakukan perubahan dalaman ke arah kecemerlangan diri, keluarga dan organisasi.
Membimbing peserta-peserta untuk menambah kefahaman terhadap Islam dan memperbaiki amalan-amalan rutin, konsisten dan sistematik untuk pembentukan personaliti yang baik.
Membimbing peserta-peserta perkasa untuk menambah keupayaan memimpin diri dan orang-orang di bawah pimpinannya ke arah kejayaan dunia & akhirat.
Menyediakan produk-produk sokongan untuk tujuan membangun dan menyuburkan unsur-unsur dalaman manusia.
PENDEKATAN
Syarikat ini juga menggunakan pendekatan yang multi-dimensi dalam sistem penyampaian latihan antaranya menggunakan elemen kuliah interaktif, video klips, penulisan, simulasi, teknologi ICT, nasyid, lagu, puisi dan Chi Qung.
Setiap topik akan mengenengahkan 4 unsur pembelajaran pantas (accelerated learning) iaitu informing (memberitahu), influencing (mempengaruhi), convincing (meyakinkan) dan entertaining (menghiburkan).
Ia dijayakan dalam bentuk interaksi dua hala berserta dengan tambatan ingatan separa sedar melalui nasyid dan permainan simulasi serta pendekatan analogi dan kisah teladan.
BUTIRAN SYARIKAT
No. Pendaftaran Syarikat :
474007 – V
Tarikh Pendaftaran :
17 Disember 1998
Modal Berbayar :
RM 100,000
Modal Dibenarkan :
RM 100,000
Alamat Berdaftar :
G-101 & 102, Apartment Suria
Jalan PJU 10/4C, PJU 10
Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan